Western Australian Maritime Museum

Western Australian Maritime Museum
Sumber: Western Australian Museum

Di pesisiran pantai Lautan Hindi terletaknya sebuah muzium yang besar, Western Australian Maritime Museum. Betapa banyaknya untuk dilihat di muzium ini sehinggakan sedar tak sedar dah 2 jam anda sekeluarga habiskan masa di sini.

Mana tidaknya, pameran-pameran yang ada di sini dibahagikan mengikut zaman dan tema masing-masing yang terdiri daripada zaman peperangan, sejarah penjajahan, transformasi Swan River dari dahulu hingga sekarang, pertahanan tentera laut, industri perikanan dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan lautan di Australia ni. Cukup komprehensif!  Anda juga boleh masuk ke dalam kapal selam perang yang dipamerkan di sini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 5.00pm)

Bayaran: Dewasa AUD 15 | Kanak-kanak (5-15 Tahun) Percuma

Alamat: Victoria Quay, Fremantle, Western Australia, 6160