Universal Studios Japan

Universal Studios Japan ini merupakan taman tema Universal Studios yang pertama dibina di rantau Asia. Berkeluasan 39 hektar, Universal Studios di Jepun terdiri daripada 8 buah bahagian iaitu Waterworld, Amity Village, New York, Hollywood, San Francisco, Universal Wonderland, The Wizarding World of Harry Potter dan Jurassic Park.

Di taman tema inilah anda dapat melajukan degupan jantung dengan aktiviti roller coastrer yang pelbagai dan mencuba bermacam jenis simulasi filem-filem terkenal seperti Jurassic Park dan Spiderman yang pasti menyeronokkan. Sehari memang tak cukup untuk anda mencuba semua yang ada dekat sini, jadi datanglah dari awal pagi ya kalau ingin ke sini.

Waktu Operasi: Waktu Berbeza Boleh Layari Laman Web Universal Studios Japan, Kebiasaannya 9.00am – 7.00pm

Bayaran: 12 – 64 Tahun 7600 Yen | 4 – 11 Tahun 5100 Yen | 65 Tahun & Ke Atas 6830 Yen

Alamat: 2-1-33 Sakurajima, Konohana-ku, Osaka 554-0031, Osaka Prefecture

Universal Studios Japan

Universal Studios Japan