The Lodge Maribaya

Sumber: The Lodge Maribaya

Begitu banyak tarikan indah yang terdapat di Bandung bukan? Tak cukup dengan kedai makan yang menyatukan anda dengan alam semula jadi di Kampung Daun, dan udara segar di Tangkuban Perahu, tarikan The Lodge Maribaya bukan sekadar tempat untuk mencuci mata dan menghirup udara segar.

Di dalam alam hijau lodge ini anda turut dapat menggunakan perkhidmatan jurugambar profesional untuk menangkap gambar anda di sebalik latar belakang yang cukup epik! Antaranya adalah gambar anda menaiki belon udara, menaiki zip bike, sky wing dah banyak lagi!

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Bayaran Masuk:  Isnin – Jumaat Rp 20.000 | Sabtu – Ahad Rp 25.000 | Cuti Umum Rp 35.000 | Bayaran Berbeza Untuk Setiap Tarikan (Bermula Daripada Rp 15.000)

Alamat: Jalan Maribaya No.149/252, Kp Babakan, Gentong, Cibodas, Lembang