Tangkuban Perahu

Sumber: Mattana Srikrachang

Tangkuban Perahu terletak hanyalah 1.5 jam daripada Bandung. Tarikan ini juga merupakan salah satu daripada kesan letusan gunung berapi yang pernah berlaku pada ketika dahulu.

Gunung yang berketinggian 2,084 meter daripada paras laut ini memiliki udara yang sangat sejuk mencecah 17 darjah celcius pada waktu siang dan 2 darjah celcius pada waktu malam. Sambil menghirup udara segar di atas gunung ini, anda juga dapat menyejukkan mata melihat pemandangan di sekitar yang begitu mempesonakan.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah melawati tiga buah kawah yang terdapat di gunung ini iaitu Kawah Ratu, Kawah Upas dan Kawah Domas.

Waktu Operasi: 8.00 am – 5.00 pm

Bayaran Masuk: Rp 50.000

Alamat: Cikahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat.