Taman Mini Indonesia Indah

Sumber: indoindians.com

Taman Mini Indonesia Indah (TMII) adalah sebuah tarikan bertemakan budaya yang berkeluasan sekitar 150 hektar.

Cukup luas, kerana di sinilah berpusatnya budaya daripada pelbagai suku yang wujud di keseluruhan 33 wilayah yang terdapat di Indonesia (pada tahun 1975). Taman mini ini terbahagi kepada 6zon berbeza iaitu Papua, Maluku, Nusa Tenggara, Bali, Sulawesi, Kalimantan, Jawa dan Sumatera.

Di dalam zon-zon ini terdapat struktur bangunan yang menunjukkan reka bentuk tradisional suku-suku di negara ini. Dan di dalam bangunan ini dipamerkan sejarah, hasil seni dan tradisi mereka. Selain ini semua, tarikan lain adalah kawasan rekreasi, taman flora dan fauna, muzium-muzium, tempat pertunjukan teater, teater Imax dan kemudahan yang lain.

Selain ini semua, tarikan lain adalah kawasan rekreasi, taman flora dan fauna, muzium-muzium, tempat pertunjukan teater, teater Imax dan kemudahan yang lain.