Taman Marin Tun Sakaran

Tun Sakaran Marine Park Sabah

Juga dikenali sebagai Taman Kepulauan Semporna, Taman Marin Tun Sakaran terdiri daripada pulau-pulau Bohey Dulang, Bodgaya, Sabangkat, Salakan, Mantabuan, Maiga, Sibuan, Tatagan dan kawasan terumbu Kapikan serta Church yang secara keseluruhannya berkeluasan 35,000 hektar.

Di dalam lingkungan taman marin ini, anda dapat menikmati tarikan alam semula jadi panorama indah hidupan marin, menyaksikan keindahan pulau yang jauh dari sebarang nodaan pembangunan, mendekati kehidupan masyarakat Bajau Laut,  melihat pesona cahaya bintang berkelipan dan banyak lagi yang selama ini hadir di dalam mimpi indah anda.