Supreme Court Gardens

Supreme Court Gardens
Sumber: Camila Moreira Portilho

Supreme Court Gardens adalah sebuah taman yang sangat indah, ditumbuhi dengan pelbagai tumbuhan tempatan dan pokok-pokok rendang. Taman ini juga terletak berdekatan dengan sungai yang menambahkan lagi atmosfera tenang untuk anda meluangkan waktu berkualiti bersama keluarga.

Banyak juga kerusi-kerusi yang disediakan untuk anda bersantai sambil menikmati pemandangan. Lagi best kalau anda datang pada musim bunga atau musim luruh, tak terluah dengan kata-kata betapa cantiknya panorama yang disajikan. Yang membuatkan taman ini lebih unik adalah kerana di dalamnya terdapat sebuah bangunan yang paling tua di Perth iaitu Law Library.

Alamat: Riverside Dr, Perth WA 6000