Sumiyoshi Taisha Shrine

Osaka’s Sumiyoshi Taisha merupakan salah satu daripada tokong yang tertua di Jepun. Tokong ini telah wujud sebelum kedatangan agama Buddha lagi iaitu pada abad ke-3. Oleh kerana itu, seni bina bangunan tokong ini adalah antara yang mencerminkan seni bina tradisional Jepun  yang paling asli tanpa pengaruh binaan yang lain.

Lihat sahaja reka bentuknya, nampak unikkan? Untuk pengetahuan anda, 2 lagi tokong yang memiliki seni bina asli Jepun adalah Taisha-zukuri  dan Shinmei-zukuri.

Di samping memiliki tarikan seni bina yang unik, berdekatan dengan kawasan tokong ini juga terdapat sebuah jambatan iaitu jambatan Sorihashi yang sangat fotogenik. Pantulan bayang-bayang di bahagian air yang terletak di bawah jambatan ini menambahkan lagi keindahannya.

Waktu Operasi: 6.00am – 5.00pm | Okt – Mac (Dibuka Bermula 6.30am)

Bayaran: Percuma

Alamat: 2-9-89 Sumiyoshi, Sumiyoshi-ku, Osaka 558-0045, Osaka Prefecture

Sumiyoshi Taisha Shrine

Sumiyoshi Taisha Shrine