Shirotori Garden

Shirotori Garden
Sumber: Hitomi Shibata

Banyak sekali tempat untuk relaks di Jepun ini. Di Shirotori Garden, anda boleh relaks di restoran yang ada di sini sambil menghirup air teh hijau dan dalam masa yang sama menikmati pemandangan indah lanskap taman ini melalui tingkap besarnya. Memang santai habislah! Kalau anda datang ke sini pada musim luruh, rasanya setiap pelusuk taman ini akan menarik perhatian anda, rambang mata nak memilih tempat bergambar!

Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm | Isnin, Atau Selasa Sekiranya Isnin Hari Cuti (Tutup)

Bayaran: Dewasa 300 Yen | Kanak-kanak Percuma

Alamat: 2-5 Atsutanishimachi, Atsuta-ku, Nagoya 456-0036, Aichi Prefecture