Shinsaibashi

Tak lengkaplah pelancongan kalau tak membeli-belah. Kalau anda dah puas berjalan melihat keindahan bangunan, pameran di muzium, keindahan alam sekitar, sebelum balik ke negara, jangan lepaskan peluang merasai pengalaman membeli-belah di negara yang dilawati.

Kalau di Jepun, lokasi membeli-belah yang paling syok adalah Shinsaibashi. Antara yang terdapat di sini adalah kedai pakaian, beg, aksesori, kedai kopi dan banyak lagilah. Kedai-kedai fesyen yang terdapat di sini bukan sahaja dibanjiri kedai fesyen indie anak-anak muda Jepun sahaja, anda juga boleh menjumpai jenama antarabangsa seperti Zara, Forever 21 dan H&M di sini. Macam mana? Terancam juga dibuatnya duit anda kalau ke sini.

Alamat: Shinsaibashisuji, Chuo-ku, Osaka 542-0085, Osaka Prefecture

Shinsaibashi

Shinsaibashi