SCMAGLEV and Railway Park

SCMAGLEV and Railway Park
Sumber: Чогчоохой

Jangan tak tahu, salah satu teknologi kebanggaan Jepun adalah kereta api berkelajuan tingginya. Oleh itu, tak sahlah pelancongan anda ke Jepun kalau tak ke SCMAGLEV and Railway Park. Di sini anda dapat melihat pameran 39 buah kereta api yang pernah digunakan di landasan-landasan kereta api Jepun.

Anda juga dapat mengetahui lebih banyak lagi tentang komponen-komponen berbeza yang terdapat pada kereta api ini serta cara ia dioperasikan. Dah puas melihat pameran,  jangan lupa untuk mencuba simulator kereta api ini, masa inilah nak bergambar cun-cun, ye tak?

Waktu Operasi: 10.00am – 5.30pm | Selasa, 28 Dis, 1 Jan (Tutup)

Bayaran: 1000 Yen | Simulator (Caj Tambahan 100/ 500 Yen)

Alamat: 3-2-2, Kinjofuto, Minato-ku, Nagoya 455-0848, Aichi Prefecture