Samurai Museum

Samurai Museum Tokyo
Sumber: Katana Mart Germany

Selalu tengok dalam tv je kan? Nak lihat secara live pedang-pedang dan pakaian Samurai ini? Jom ke Samurai Museum yang terletak di Shinjuku-ku ini. Terbahagi kepada dua bahagian, tingkat  bawah muzium ini terdapat kedai yang menjual cenderahati serta ruangan pameran perisai yang disusun mengikut zaman iaitu dari zaman Muromachi (1336-1573) hinggalah ke zaman Edo (1600-1868).

Di tingkat atas muzium ini pula terdapat pelbagai jenis pameran yang terdiri daripada pameran pedang samurai, helmet kabuto, perisai yoroi, senapang dan banyak lagi. Untuk pengalaman yang lebih menarik, anda boleh melihat demonstrasi pedang Samurai yang diadakan 4 kali sehari, mengikuti kelas kaligrafi, ataupun yang paling best sekali, anda boleh cuba memakai perisai Jepun!

Waktu Operasi: 10.30am – 9.00pm

Bayaran: Dewasa 1800 Yen | Kanak-kanak  4 – 12 Tahun 800 Yen | Kanak-kanak 3 Tahun dan Ke Bawah Percuma

Alamat: Shinjuku-ku, Tokyo Kabukicho 2-25-6