Round House

The Freemantle Round House
Sumber: Mark Naumann

Dibina pada tahun 1830, Round House merupakan bangunan yang pertama dibina di Swan River Colony. Dikatakan bahawa bangunan Freemantle Round House ini merupakan yang tertua sekali di Western Australia. Pada asalnya bangunan ini digunakan sebagai penjara bagi tahanan-tahanan penduduk asli dan penjajah sehinggalah tahun 1990. Selepas itu, ia dijadikan kuarters bagi ketua konstabel  dan keluarganya.

Namun kini ia dijadikan destinasi pelancongan sebagai penjara pertama yang dibina di Fremantle. Jika anda datang ke sini, anda boleh memasuki terowong yang terletak di bahagian bawah bangunan dan berjalan-jalan di bahagian penjara yang turut lengkap dengan foto-foto lama dan informasi berkaitan penjara di sini.

Kalau dah puas berjalan, anda boleh naik di tingkat atas bangunan untuk menikmati pemandangan indah lautan yang terletak berdekatan dengan Round House sambil menikmati bayu laut. Alang-alang dah sampai ke sini, jangan lepaskan peluang melihat meriam dibunyikan pada setiap pukul 1.00pm.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30am – 3.30pm)

Bayaran: Sumbangan Ikhlas

Alamat: Captains Lane, Fremantle, Western Australia 6160