Pulau Weh

Tidak jauh daripada Banda Aceh adalah Pulau Weh yang boleh diakses daripada pelabuhan Ulue-lue untuk mendapatkan feri ke sana. Masa yang diambil untuk sampai ke pulau ini adalah dalam sekitar 1 jam.

Setibanya anda di pulau ini nanti, ada beberapa lokasi yang wajib disenaraikan dalam checklist untuk dilawati. Kawasan-kawasan ini adalah Iboih, Gapang dan Sumur Tiga. Pantai Iboih adalah di mana anda boleh menemui banyak restoran tepi pantai dan rumah tumpangan yang terkenal dalam kalangan backpackers.

Gapang pula adalah lokasi yang lebih tenang di mana anda boleh melawat kawasan-kawasan air terjun, pantai yang indah dan berjungle trekking.

Akhir sekali, di Sumur Tiga, terdapat kawasan pantai yang menjadi pilihan ramai untuk menikmati pemandangan matahari terbit yang sungguh mengujakan.

Alamat: Pulau Weh