Pulau Sipadan

ika terfikir-fikir mana satukah pulau untuk dilawat di Sabah dalam kekangan masa, Pulau Sipadan patut menjadi pilihan utama. Ianya mesti dilawat walau sekali dalam seumur hidup.

Jangan tak tahu, pulau ini dikatakan sebagai salah satu destinasi menyelam skuba yang terbaik di dunia sehingga pernah mendapat liputan di dalam media antarabangsa seperti Discovery Channel dan National Geographic.

Selain itu, kalau anda nak tahu, ekosistem lautan sekitar Pulau Sipadan ini sangat kaya dengan pelbagai spesies batu karang dan ikan yang dianggarkan lebih daripada 3000 jenis. Jika anda menyelam ke dasar laut Pulau Sipadan juga, mata anda akan didedahkan kepada kawasan ‘perkuburan’ penyu iaitu dasar laut yang dipenuhi dengan cengkerang penyu yang telah mati.