Pulau Sapi

Pulau Sapi Image

Nak buat sesuatu yang ekstrem? Anda dapat melakukan aktiviti menggugurkan jantung dengan menaiki flying fox yang merentas lautan dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi. Jangan lupa untuk memakai kamera GoPro sebelum buat aktiviti yang ‘out of this world’ kepuasannya ini.

Walaupun merupakan pulau yang terkecil daripada 5 buah pulau di dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman, aktiviti seronok yang ditawarkan pulau ini mengalahkan pulau-pulau yang lain. Padu dengan aktiviti menarik untuk dicuba seperti mendaki bukit untuk menikmati pemandangan Borneo Reef World, menyelam skuba di dalam air yang jernih seperti menonton TV Ultra HD, berkelah dan macam-macam lagi.