Pulau Layang-Layang

Layang Layang Island Sabah
Sumber: East Sea Travel & Air Service

Terletak nun jauh di sana 300 km dari Kota Kinabalu, dari jaraknya sahaja sudah dapat dijangkakan hanya satu sahaja cara terbaik untuk ke pulau ini iaitu dengan menaiki kapal terbang.  Jika dibezakan dengan pulau-pulau yang lain, kos untuk ke Pulau Layang-Layang ini agak tinggi, namun percayalah pengorbanan anda untuk ke sini sangatlah berbaloi.

Jika pelancong dari negara Korea, Jepun, Perancis dan banyak lagi negara lain memilih Pulau Layang-Layang sebagai destinasi percutian pilihan mereka, kenapa tidak anda? Pulau yang berkepanjangan 1.2 km ini memiliki panorama dasar laut yang menakjubkan. Kedudukannya yang jauh dari sebarang ancaman pencemaran menjadikan keindahannya seribu kali lebih memukau.

Namun begitu, terdapat hanya satu pusat penginapan di sini iaitu Layang Layang Island Resort yang ditutup setiap dari bulan September hingga Februari ketika kehadiran monsun.