Pantai Kelambu

Kelambu Beach Image
Sumber: Sabah Tatap Di Hatiku

Ingin lari dari pelancong yang lain? Pantai Kelambu adalah jawapannya. Bukanlah destinasi yang komersial, di sinilah anda dapat menikmati ketenangan bersantai di tepi pantai dalam erti kata yang sebenar.

Kurang dilawati bukan bermakna ianya kurang menarik, kerana sebenarnya ia boleh dikatakan antara kawasan pantai yang terindah di Sabah.  Cuma ianya agak kekurangan dari segi fasiliti jika dibezakan dengan pulau yang lain. Namun begitu, ia menyediakan pit bbq sekiranya anda tetap ingin menjejakkan kaki ke sini dan melihat keindahannya sambil menikmati makanan segar.

Macam hilang pula mood untuk datang sebab kekurangan fasilitinya bukan? Percayalah, cukup rugi sekiranya anda melepaskan peluang untuk ke pantai ini kerana ia sebenarnya bukanlah pantai yang biasa. Untuk pengetahuan anda, pada waktu malam anda berkemungkinan dapat melihat fenomena lautan bercahaya yang juga digelar sebagai bioluminescence. Pengalaman yang unik dan sungguh mempesonakan.