Old Mill

The Old Mill Hotel Perth
Sumber: Angie Aw

Mula dibina pada tahun 1835, Old Mill merupakan tempat pemprosesan tepung sehinggalah tahun 1859. Kilang ini kemudiannya telah banyak diubah kegunaannya dari sebuah hotel, kepada tempat tinggal dan bermacam lagi. Namun pada tahun 1992, Old Mill ini telah dibaikpulih dan diletakkan di bawah penjagaan National Trust. Nak kembali ke masa silam? Jom ke sini!

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (10.00am – 4.00pm) | Sabtu & Ahad (1.00pm – 4.00pm) | Cuti Umum (Tutup)

Bayaran: Sumbangan Ikhlas

Alamat: Old Mill, Melville Pl, South Perth WA 6151, Australia