Old Court House

Old Court House Perth
Sumber: The Law Society of Western Australia

Susah nak jumpa muzium undang-undang di dunia ni, Old Court House adalah salah satu daripada muzium unik ini. Dibina pada tahun 1836, bangunan muzium ini memiliki reka bentuk Yunani abad ke -19, sekali pandang jelas terlihat perbezaannya dengan bangunan lain.

Muzium ini memiliki pameran yang cukup interaktif lengkap dengan informasi yang disampaikan melalui audio. Untuk pengetahuan anda, disebabkan ini merupakan antara bangunan yang terawal di bina pada zaman itu, Old Court House bukan sahaja digunakan sebagai mahkamah, tapi juga sebagai pusat untuk pelbagai aktiviti komuniti yang lain seperti keagamaan, pendidikan dan persembahan muzik. Pada waktu itu, penduduk Australia masih lagi tinggal di dalam pondok-pondok kecil. Bayangkanlah, betapa sibuknya bangunan ini pada suatu ketika dahulu.

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (10.00am – 4.00pm)

Bayaran: Percuma

Alamat: Stirling Gardens, corner of Barrack Street and St Georges Terrace, Perth