Nijo-jo Castle

Nijo-jo Castle

Nijo-jo Castle
Sumber: An Nguyen

Istana yang dibina pada tahun 1603 ini pada asalnya merupakan tempat tinggal  Tokugawa Ieyasu, seorang shogun pada zaman Edo (1603-1867). Istana ini, Nijo-jo Castle, diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1994.

Istana lama ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, ruangan Honmaru yang merupakan bulatan pertahanan utama, ruangan Ninomaru bulatan pertahanan yang kedua dan bahagian yang terakhir adalah kawasan taman yang mengelilingi kedua-dua pertahanan ini.

Datanglah ke Nijo-jo Castle untuk menikmati keindahan seni bina istana ini yang cukup terperinci dari penggunaan warnanya hinggalah ke lukisan-lukisan yang terdapat pada sekitar bangunan istana. Terasa seperti melawat muzium seni!

Waktu Operasi: 8.45am – 5.00pm | Selasa Dalam Bulan Januari, Ogos Dan Disember (Tutup)

Bayaran: 600 Yen

Alamat: 541 Nijojo-cho, Horikawa-nishiiru, Kyoto 604-8301, Kyoto Prefecture