Narmada Water Park

Narmada Water Park bukanlah taman tema seperti yang anda sangkakan, ia sebenarnya adalah kawasan kolam yang terletak di dalam taman yang dibina pada tahun 1727 oleh Raja Anak Agung Gede Ngurah Karang Asem.

Sesiapa yang datang ke sini pasti akan teruja melihat seni bina taman ini yang dikatakan mencerminkan Gunung Rinjani iaitu puncak yang tertinggi di Lombok.

Kawasan taman ini telah dibina oleh raja tersebut kerana tidak dapat melakukan penziarahan ke tempat suci Hindu di puncak Gunung Rinjani yang terlampau tinggi.

Di dalam taman ini, dia telah membina Segara Anakan yang menjadi simbol kepada gunung tersebut dan sebuah kolam yang melambangkan tasik yang terdapat di Gunung Rinjani.

Alamat: Jl. Raya Mataram – Labuhan Lombok, Lembuak, Narmada, Kabupaten Lombok Barat, Nusa Tenggara Bar. 83371, Indonesia