Museum Negeri Banda Aceh

Sumber: Muhammad Bagus Andreas Taufani

Museum Negeri Banda Aceh adalah salah sebuah muzium yang tertua di Indonesia. Muzium yang dibina ketika zaman penjajahan Belanda ini memiliki reka bentuk rumah tradisional Aceh.

Di dalamnya, terdapat banyak ruangan galeri menarik untuk dilihat dengan koleksi yang terdiri daripada tekstil, senjata, peralatan pertanian dan barangan unik penduduk tempatan yang lain.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.00 am – 12.00 pm & 2.00 pm – 4.15 pm) | Isnin Tutup

Bayaran Masuk: Rp. 5.000

Alamat: Jl. Sultan Mahmudsyah No.10, Peuniti, Baiturrahman, Kota Banda Aceh, Aceh 23116, Indonesia