Meiji Jingu Shrine

Meiji Jingu Shrine Tokyo
Sumber: Sunny Side Adventures

Sebaik sampai ke Meiji Jingu Shrine anda akan terlihat pintu gerbang besar untuk memasuki kawasan tokong yang siap dibina pada tahun 1920. Walaupun terletak di tengah-tengah kotaraya yang sibuk, Tokyo, atmosfera di sekitar Tokong Meiji Jingu ini sungguh menenangkan kerana ribuan pokok yang tumbuh meliar di sekitarnya memisahkan kawasan ini dengan kemodenan Tokyo.

Kalau anda sekeluarga bernasib baik, dapatlah anda melihat majlis perkahwinan tradisional Jepun yang selalu diadakan di sini. Sewaktu majlis ini, wanita-wanita akan berpakaian kimono dan lelaki pula akan memakai baju suit. Satu suasana yang cukup klasik dan fotogenik.

Alamat: 1-1 Yoyogi Kamizonocho, Shibuya 151-0052, Tokyo Prefecture