Masjid Raya Sumatera Barat

Sumber: Ikhvan

Masjid terbesar di Sumatera Barat ini, Masjid Raya Sumatera Barat sememangnya bukanlah masjid yang hanya cantik pada pandangan mata, ini kerana, struktur masjid ini memiliki ciri-ciri seni binayang penuh terperinci, cukup kuat sehingga mampu menahan goncangan gempa sehingga mencecah 10 skala richter.

Disebabkan kekukuhannya, masjid  ini dijadikan sebagai tempat perlindungan ketika tragedi tsunami.

Selain itu, masjid yang dibina pada tahun 2007 ini bukanlah kecil kerana ianya mampu memuatkan sehingga 20,000 jemaah pada satu-satu masa.

Ingin melihat dengan lebih dekat keindahan seni binanya? Jangan lepaskan peluang untuk bersolat di sini semasa bercuti nanti!

Alamat: Jl. Khatib Sulaiman, Alai Parak Kopi, Padang Utara, Kota Padang, Sumatera Barat 25173