Marine Museum

Marine Museum Sabah

Marine Museum Sabah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti ruangan atrium yang dapat memberikan pengalaman seperti anda berada di dasar lautan, muzium yang memaparkan flora fauna di dalam laut dan akhir sekali adalah laluan paya bakau.

Anda dan anak-anak dapat melihat pertunjukan video tentang hidupan laut pada setiap Sabtu, 9.00am hingga 12.30pm dan seterusnya pula pada pukul 2.00pm hingga 4.00pm. Untuk melihat haiwan-haiwan laut yang penuh warna-warni ini diberi makan adalah pada setiap pukul 3.30pm hingga 4.00pm. Akuarium yang terletak di Universiti Malaysia Sabah ini dikatakan antara yang terbaik yang berada di Kepulauan Borneo.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis, Sabtu (9.00am – 12.30pm, 2.00pm – 4.00pm) | Jumaat (9.00am – 11.30am, 2.00pm – 4.00pm) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)

Harga: Dewasa MyKad: RM10, Biasa: RM20 | Kanak-kanak, Pelajar (4 -17 Tahun) & Warga Emas MyKad: RM5, Biasa: RM10 | Kamera MyKad: RM5, Biasa: RM10