Lawang Sewu

Sumber: Irfan Bayuaji

Ingin tahu bagaimana perasaannya hidup di era lama? Datanglah ke Lawang Sewu. Sebaik anda melangkah masuk ke dalam bangunan lama ini, anda akan terasa seperti merentas ke masa lalu sehingga 100 tahun yang lampau.

Betapa klasiknya Lawang Seru sehinggakan cukup mudah untuk anda menemui spot-spot selfie yang menarik.

Dengan usia yang setua ini, pasti anda tertanya-tanya apa kisah yang disimpannyakan? Kalau anda nak tahu, dahulunya, bangunan ini dibina oleh pihak Belanda sebagai ibu pejabat syarikat kereta api. Ianya dinamakan sebagai Lawang Sewu yang bermaksud 1000 pintu disebabkan kewujudan pintu dan tingkap yang tak terkira banyaknya di sekitar bangunan.

Waktu Operasi: 6.00 am – 6.00 pm

Alamat: Komplek Tugu Muda, Jalan Pemuda, Semarang, Jawa Tengah 13220