Kundasang Mount Valley Recreation

Mount Valley Recreation merupakan tempat ataupun pusat rekreasi yang masih baru lagi dan belum dikenali ramai.

Jika anda berada di Pekan Kundasang menuju ke Taman Kinabalu atau Kinabalu National Park, tempat menarik ini adalah lebih kurang 500 meter sebelum sampai ke simpang masuk ke Kinabalu National Park.

Amat mudah untuk mengenali tempat ini, anda hanya berpandukan tayar berwarna-warni di lereng bukit yang boleh dilihat dari jalan utama.

Aktiviti utama adalah sukan “flying fox”. Pasti aktiviti ini amat diminati terutamanya bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak. Nikmatilah pemandangan sekeliling semasa anda sedang beraksi dengan “flying fox”.

Buat masa ini, bayaran yang dikenakan adalah RM 25 seorang. Walaubagaimanapun, aktiviti ini tidak akan dijalankan jika dalam keadaan cuaca yang kurang baik seperti hujan, guruh dan berangin bagi mengutamakan keselamatan pelawat.

Kundasang Mount Valley Recreation