Kiyomizu-dera Temple

Kiyomizu-dera Temple

Kiyomizu dera temple
Sumber: Live In Japan ღ

Kalau anda nak tahu, maksud Kiyomizudera adalah Tokong Air Jernih kerana terletak berdekatan dengan Air Terjun Otowa. Pada asalnya ia merupakan tokong agama Buddha yang tertua, Hisso yang dibina pada tahun 780. Tua tak tua? Disebabkan betapa klasiknya bangunan ini, Tokong Kiyomizudera diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994.

Yang terkenal di sini adalah ruangan balkoni kayunya yang bersambung dengan dewan utama bangunan. Balkoni ini terletak 13 meter dari kawasan bukit yang terdapat di bawah.  Dari sini anda dapat menikmati pemandangan menakjubkan pokok kebanggaan Jepun, sakura serta pokok maple.

Notis: Dewan utama Kiyomizudera ditutup dari Feb 2017 hingga Mac 2020 untuk kerja perbaikan bumbung.

Waktu Operasi: 6.00am – 6.00pm

Bayaran: 400 Yen

Alamat: 1-294 Kiyomizu, Higashiyama-ku, Kyoto 605-0862, Kyoto Prefecture