Katsura Imperial Villa

Katsura Imperial Villa
Sumber: Japan Australia

Katsura Imperial Villa ini seperti yang boleh anda teka dari namanya, adalah sebuah taman yang sangat antik yang siap dibina pada tahun 1645. Dahulunya merupakan tempat tinggal keluarga Katsura yang merupakan keturunan diraja Jepun. Kalau anda ingin melawat villa ini, anda perlu menempah lawatan di pejabat Imperial Household Agency yang terletak di sini, jangan lupa untuk membawa pasport anda sekali.

Waktu Lawatan: Isnin – Jumaat (8.45am – 12.00pm & 1.00pm – 5.00pm)

Alamat: Katsuramisono, Nishikyo-ku, Kyoto 615-8014, Kyoto Prefecture