Gion

Gion

Gion Kyoto
Sumber: Mark Iandolo

Tak sah kalau tak bergambar dengan Geisha kalau ke Jepun, setuju tak? Inilah salah satu tarikan unik yang ada di negara Jepun. Di daerah Gion, Kyoto, anda dapat melihat bersepah kedai-kedai, restoran dan rumah teh Jepun yang menyediakan pelayan tradisional Jepun, Geisha.

Kalau anda berjalan-jalan di sekitar daerah ini pun, besar kemungkinan anda akan terserempak dengan wanita yang berpakaian Geisha ini, walau bagaimanapun,  jangan melayan mereka seperti objek ya, kerana pekerjaan Geisha ini sebenarnya dianggap sebagai bidang kerjaya yang dihormati.

Alamat: Gionmachi, Higashiyama-ku, Kyoto 605-0001, Kyoto Prefecture