Fushimi Inari-taisha Shrine

Fushimi Inari-taisha Shrine

Fushimi Inari taisha shrine
Sumber: Just Love Japan

Fushimi Inari-taisha Shrine  merupakan sebuah Tokong Shinto yang terpenting di selatan Kyoto. Yang menjadikan tokong ini unik dari tokong lain yang ada di sini dan sebab utama kenapa anda sekeluarga mesti datang ke sini adalah kerana ribuan gerbang torii yang mengelilingi ruangan berjalan kaki yang terletak di belakang bangunan utama tokong.

Laluan yang diselubungi gerbang torii ini membawa anda menuju ke Gunung Inari yang terletak 233 meter dari kawasan tokong. Untuk pengetahuan anda, setiap gerbang ini disumbangkan oleh pelbagai syarikat dan individu yang mana nama mereka diabadikan pada tiang-tiang gerbang.

Waktu Operasi: Setiap Masa

Bayaran: Percuma

Alamat: 68 Fukakusa Yabunouchicho, Fushimi-ku, Kyoto 612-0882, Kyoto Prefecture