Eight Acres, Pahang

Eight Acres Raub Pahang ini mendapat namanya dari keluasan tanah dimana resort ini didirikan. Dibina dengan konsep eko pelancongan, pemilik resort ini berharap ia dapat meningkatkan kesedaran cinta alam setiap orang yang mengunjung ke resort ini.

Eight Acres Pahang - 2

Drive ke sini hanya mengambil masa 1 jam 50 minit, menjadikan Eight Acres satu destinasi ideal untuk orang yang mecari tempat percutian yang dekat dengan bandar Kuala Lumpur.

Jika anda berpeluang untuk menginap di Villa ini, anda akan nampak unsur-unsur melayu tradisional pada setiap sudut dan setiap bilik dilengkapi dengan permainan tradisional seperti congkak, carom, dan mah-jong.

Jika anda sedang merancang road trip bersama rakan-rakan, anda mungkin mahu mencadangkan Villa ini kepada meraka kerana Villa ini boleh memuatkan seramai 30 orang sekali.

Alamat : Lot 7822, Mukim Gali, Off Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang