Casa Titik, Pahang

Nak rasakan macamana bercuti di villa sama seperti yang dilihat di sepanyol? Tunggu dulu jangan beli tiket kapal terbang tu lagi, datang saja ke Casa Titik Pahang untuk pengalaman ala “Spanish Villa”.

Casa Titik Resort ini boleh di jumpai di Kuantan Pahang dan ia terletak bersebelahan dengan pantai Cherating.

Casa Titik Pahang - 2

Ia merupakan sebuah Homestay Villa yang sesuai dijadikan tempat mengadakan acara seperti family day atau team buiding.

Villa ini mempunyai 10 bilik tetamu yang luas dan dilengkapi dengan dapur jika anda mahu memasak bersama keluarga. Disamping itu, Villa ini juga mempunyai kolam renang dan Jacuzzi.

Untuk aktiviti, anda boleh menunggang kuda, berjalan santai di pantai atau menjamu selera di gerai makanan berdekatan.

Alamat : Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, Sg. Baging, Mukim Sg. Karang, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang