Bunga Raya Resort

Bunga Raya Resort Island
Sumber: Malaysia Asia

Idamkan percutian yang penuh dengan ketenangan seperti di dalam mimpi? Terletak di Pulau Gaya, Bunga Raya Resort dapat memenuhi fantasi percutian dalam pulau anda sekeluarga. Resort ini bukan sahaja dikelilingi oleh kesegaran alam semula jadi hutan hujan, namun sensasi natural ini turut dapat dirasakan di resort ini sendiri yang menawarkan villa-villa daripada kayu dengan reka bentuk traditional Borneo.

Dari villa indah ini juga, anda dapat menikmati pemandangan kawasan pantai berpasir putih dengan lautan yang berair jernih sambil menghirup udara segar.

Sudah puas bersantai? Anda boleh merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti menerokai hutan hujan, mengambil kelas pelayaran, berkayak, melihat keindahan dunia bawah air dan banyak lagi yang terlintas di fikiran yang seronok untuk dilakukan di pulau yang menawan.

Sudah puas beraktiviti, anda boleh memanjakan badan yang kepenatan dengan rawatan spa yang nikmatnya pasti tidak dapat dilupakan. Menggabungkan teknik rawatan barat dan asia menggunakan ramuan semula jadi, pada saat inilah anda dapat merasai kepuasan percutian yang sebenar.