Bali Safari and Marine Park

Sumber: Bali Safari Park

Aktiviti apa lagi yang akan membuat kananak-anak excited selain daripada taman tema? Di mana lagi kalau bukan tempat terkumpulnya banyak haiwan, Bali Safari and Marine Park!

Memang rugi sekiranya anda melepaskan peluang untuk melawati taman ini kerana di safari ini turut terdapat spesies-spesies haiwan yang terancam seperti Naga Komodo, Orang Utan dan burung Jalak Bali.

Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 80 spesies dan sekitar 400 spesimen haiwan yang didatangkan daripada 3 kawasan berbeza iaitu Indonesia sendiri, India dan Afrika.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Bayaran Masuk: Adventure Bermula Dari Rp 513.000 | Jungle Hopper Bermula Dari Rp. 720.000 & Banyak Lagi Aktiviti Lain Dengan Bayaran Berbeza

Alamat: Jalan Bypass Prof. Dr. Ida Bagus Mantra, Gianyar