Aceh Tsunami Museum

Sumber: Aris Munandar

Siapapun tidak dapat melupakan peristiwa terburuk yang pernah terjadi pada tahun 2004, tsunami yang telah membunuh hampir 200,000 nyawa disebabkan kedatangannya yang tak disangka-sangka. Aceh adalah kawasan yang menerima impak paling dahsyat dalam tragedi itu.

Untuk mengingati peristiwa ini, Aceh Tsunami Museum telah ditubuhkan. Salah satu pameran di dalam muzium ini, anda dapat merasa sendiri bagaimana keadaannya ketika tsunami berlaku di dalam sebuah dewan yang gelap dengan efek bunyi air yang jatuh dari atas. Di bahagian lain pula terdapat foto-foto dan video berkaitan dengan tragedi tersebut.

Waktu Operasi: 9.00 am – 4.30 pm

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Nombor 3, Sultan Iskandar Muda Road, Sukaramai, Baiturrahman, Banda Aceh, 23243 Aceh